Bina Menara Guna Kek Cawan



KUMPULAN tukang masak mula menyediakan kek cawan untuk disusun dalam bentuk piramid di Chennai, India baru-baru ini.



LEBIH 18,000 kek cawan disusun untuk membentuk menara setinggi 12.69 meter dan seberat 1.3 tan.



MENARA kek cawan ini diiktiraf Guinness World Records sebagai yang tertinggi di dunia.


CHENNAI, India – Guinness World Records telah mengiktiraf rekod baharu menara kek cawan paling tinggi di dunia kini milik India selepas 18,818 kek cawan digunakan untuk membentuk sebuah piramid di sini baru-baru ini.

Acara 30 jam bagi membina menara itu adalah sempena ulang tahun ke-40 jenama Peralatan Dapur Preethi di Pusat Beli-belah Vijaya di sini sejajar dengan sambutan Tahun Baru 2019 di India.

Dengan ketinggian 12.69 meter dan berat keseluruhan kira-kira 1.3 tan, semua kek cawan itu dimasak dengan hanya menggunakan tiga mesin adunan dan beberapa ketuhar keluaran syarikat tersebut.

Mengikut syarat Guinness, cubaan rekod berkaitan makanan tidak boleh melibatkan pembaziran. Pihak penganjur telah mendermakan keseluruhan kek cawan yang digunakan termasuk 10,000 kek kepada pertubuhan membantu gelandangan di Chennai. Rekod terdahulu dicatatkan di bandar Vereeniging di Afrika Selatan pada September 2017 yang membina menara setinggi 10.7 meter dengan 6,370 kek cawan.

0/komen