Parking Tempat OKU..Marah Pulak Di Tuduh OKU...!!!




GAMBAR seorang pemilik kereta jenis Perodua Myvi yang meletakkan pada petak parkir khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) menimbulkan kemarahan netizen di media sosial.

Foto tersebut dimuat naik oleh pengguna Facebook Munirah Arif melalui akaun Facebooknya .

Munirah melalui kapsyen gambar berkenaan berkata, ketika berdepan dengan pemilik kereta berkenaan, dia telah meminta secara baik agar pemilik Myvi itu mengalihkan kenderaanya agar ibu bapanya yang OKU boleh meletakkan kenderaan di petak berkenaan.

Namun, pemilik Myvi itu pula yang naik berang setelah menuduh Munirah bersikap kurang ajar dengan mengatakan dirinya adalah OKU.

“Orang-orang Klang! Meh sini saya nak beritahu yang pemilik kereta Perodua Myvi ini biadab!

Saya tanya dia baik-baik sama ada dia Orang Kurang Upaya (OKU), sebab ibu bapa saya OKU dan memerlukan parking lot ini. Tetapi dia boleh pula menuduh saya kurang ajar sebab mengata dia OKU.

Salah ke saya bertanya?

Rupa-rupanya, dia memang jenis perempuan yang biadab. Sebab sebelum itu, dia telah bergaduh dengan seorang Cina tua.

Apa-apa pun, terima kasih kepada sebuah keluarga Cina yang menolong saya tadi. Cina yang tolong Melayu. Perempuan Melayu ini pula beredar begitu sahaja.

Jadi kepada sesiapa yang ternampak kereta dia di kawasan Andalas ke Klang, ketahuilah bahawa dia memang perempuan yang gila serta biadab. Terima kasih,” tulisnya.




0/komen