Pengeluaran Storan 512GB Berasaskan eUFS 3.0



Samsung pada pengenalan Galaxy Fold, mereka telah mengumumkan yang mana telefon pintar boleh-lipat berkenaan akan hadir dengan storan bersaiz 512GB berasaskan kepada eUFS (Universal Flash Storage) 3.0 yang lebih pantas berbanding sedia ada.

Kini, selari dengannya, Samsung hari ini mengumumkan mereka telah memulakan storan 512GB berasaskan eUFS 3.0 untuk digunakan pada peranti mudah-alih.

Melalui piawaian eUFS 3.0, ia menawarkan kadar pemindahan berganda berbanding eUFS 2.1 sebelum ini – sekaligus menawarkan pengoperasian lebih pantas, dan pengalaman penggunaan peranti mudah-alih dengan skrin resolusi tinggi yang lebih baik.



Samsung mengatakan ia menawarkan kadar pemindahan mencapai 2100 megabyte per saat, selain kelajuan lebih 4 kali ganda berbanding SATA SSD. Secara kasar, ia membolehkan pengguna memindahkan fail bersaiz sebuah filem HD penuh dalam masa hanya tiga saat daripada telefon pintar ke PC.

Samsung turut mengumumkan yang mana mereka akan mengeluarkan model 1TB dan 256GB pada pertengahan kedua 2019 ini.


0/komen