Penyamun Dalam ASB...Wang Simpanan Dalam Akaun Hilang Tanpa Pengeluaran..?



Sampai menangis-nangis saya dibuat orang ASB seperti ini," demikian luahan seorang wanita yang mendakwa wang simpanannya dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) berkurangan secara tiba-tiba.

Naomi Hutson yang memuat naik luahannya di Facebook  berkata, adalah tidak masuk akal wang simpanan dia dan anak-anaknya hilang tanpa membuat sebarang pengeluaran.

"Hari ini memang geram dan sakit hati betul dengan ASB. Tak pernah-pernah menyumpah, hari ini menyumpah saya dibuatnya. Sampai menangis-nangis saya dibuat orang ASB begini.

"Konon nak selamat simpan di ASB, simpan Giro pun macam itu, wang simpanan semakin berkurangan. Baik simpan di bawah bantal lagi selamat," katanya.

Difahamkan, Naomi baru saja mengemaskini buku akaun ASB, ASW dan ASD  selepas lima tahun. Semakan mendapati wang simpanan dia dan empat orang anaknya hilang sebanyak RM600.95.


"Selepas lima tahun, baru nak kemaskini buku ASB, ASW, ASD sebab baru terjumpa semula buku-buku berkenaan yang tinggal di rumah ibu saya.
"Habis lesap duit anak-anak saya sebanyak RM600.95 dan baru sekarang tahu yang ASB dah tak pakai buku," katanya selepas membuat kemaskini di ASB Teluk Intan.

"Senang-senang mereka kata saya ada buat pengeluaran terus sebanyak RM433. Tak logik langsung.

"Memang buku ASB saya pernah hilang dan saya buat buku baru. Tetapi itu tahun bila? Okey fine, tak apalah bila mereka mula tinggikan suara dan cakap dengan kuat tentang saya ada hilang buku sebab nak tutup duit saya hilang.

"Tetapi bila saya mempersoalkan duit anak-anak saya pula, mereka kata buku anak-anak saya pun hilang. Mereka kata buku anak-anak saya pun pernah hilang dan itu memang benar-benar membuatkan saya marah.

"Apabila melihat pada salinan transaksi pengeluaran wang simpanan yang dicetak oleh mereka, memang saya tidak pernah menjejakkan kaki ke pejabat pos untuk mengeluarkan wang saya sejak saya sakit semasa bersalin anak ketiga.

"Lima tahun saya tidak pernah pergi ke pejabat pos. Ada pengeluaran wang sebanyak RM30, RM40. Maaf, saya tidak akan membuat pengeluaran wang di bawah RM50. Tarikh terakhir saya masuk ke pejabat pos untuk masukkan duit sahaja adalah pada 21 Mac 2011, tarikh yang sama ternyata dalam empat buku tersebut.

"Makanlah duit saya dan anak-anak. Saya haramkan walau satu sen," katanya.

Menurut Naomi, baki wang simpanannya dalam akaun ASB hanya tinggal RM94.52 sahaja,




"Saya post ini pun sebagai peringatan kepada yang lain. Saya ini memang tidak tahu langsung yang ASB sudah tidak menggunakan buku untuk mengeluarkan wang simpanan. Hanya isi borang merah dan beri kad pengenalan sahaja," katanya.

0/komen