Wiko View3 Pro Dan View3



Wiko juga tidak ketiggalan melancarkan dua produk terkini mereka iaitu View3 Pro dan View3. Kedua-dua peranti dilengkapi pemproses kelas pertengahan dengan skrin bertakuk kecil.

Kita mulakan dengan Wiko View3 Pro terlebih dahulu dengan skrin 6.3″ FHD+, dijana cip MediaTek Helio P60, memori 4/6 GB RAM, storan 64/128 GB, kamera utama 12+13+5 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas menerusi port USB-C. Peranti menggunakan sistem operasi Android Pie. Antara fungsi menarik yang diberikan ialah nyahkunci menggunakan wajah.


Wiko View3 pula dilengkapi skrin 6.26″ HD+, dijana cip MediaTek Helio P22, memori 3GB RAM, storan 64GB, kamera utama 12+13+2 Megapixel, kamera swafoto 8-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas menerusi port USB-C. Peranti ini juga menggunakan sistem operasi Android Pie.


0/komen