Apple Watch Mengaut Separuh Pasaran


Apple Watch adalah raja jam tangan pintar dengan 22.5 juta unit terjual. Ini bersamaan dengan 50% jualan keseluruhan jam tangan tahun lalu. Ini adalah peningkatan yang tinggi berbanding 17.7 juta pada tahun 2017.



Sebanyak 45 juta jam tangan pintar terjual sepanjang 2018. Ini adalah peningkatan sebanyak 54% berbanding 29.3 juta sepanjang 2017. Fitbit adalah pengeluar jam tangan pintar kedua terbesar di dunia dengan  pegangan 12.2% pasaran diikuti oleh Samsung (11.8%), Garmin (7.1%). 

Keempat-empat syarikat terbesar jam tangan pintar mencatatkan peningkatan jualan. Fitbit mencatatkan peningkatan tertinggi sebanyak 5 juta unit berbanding 0.5 juta unit sepanjang 2017. Nampaknya sambutan ke atas Fitbit Versa adalah amat membanggakan.
 

0/komen