Helikopter Hibrid Sikorsky-Boeing SB>1 Dengan Penerbangan Sulung


Helikopter mempunyai kelebihan berbanding kapal terbang kerana ia mampu terbang secara menegak. Tetapi kelajuan mendatar helikopter terhad kerana kekangan hukum fizik. Sikorsky-Boeing SB>1 Defiant mempunyai rekaan unik dwi-kipang bertingkat dengan kipas penolak pada bahagian belakang yang membolehkan ia bergerak lebih pantas berbanding rekaan helikopter biasa.


Pembangunan Sikorsky-Boeing SB>1 Defiant dimulakan pada tahun 2017 dan minggu ini ia berjaya melakukan penerbangan sulung. Versi pengangkut infantri ini mampu membawa sehingga 12 penumpang. Versi helikopter tempur masih belum diperlihatkan buat masa ini. Kedua-dua helikopter ini dibangunkan di bawah Program Future Vertical Lift (FVL) akan menggantikan menggantikan helikopter UH-60 Black Hawk, AH-64 Apache, CH-47 Chinook dan OH-58 Kiowa yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat. Jika kesemuanya berjalan lancar, helikopter pertama akan memulakan operasi pada 2030.

0/komen