Ramli menggunakan cara yang sama digunakan olehnya untuk mengesan pembunuh itu.Memulakan siasatannya dari tebing sungai,kemudian melintasi lorong kecil tersebut dan berhenti dikawasan jejak² yang menutup ruang itu. Sejak tadi dia mahu sendirian dikawasan itu tetapi ketika dia berjalan keluar dari hotel tadi,di hadapan nya sudah menunggu ros,pemberita yang mulut becok itu.Wanita itu meluru kearahnya dan berkata. "Boleh jika saya berjalan bersama anda?." "Sudah tentu."Jawab ramli agak segan silu.
Mereka menyeberang lebuh raya dan kemudian menuju ke jalan raya yang agak lusuh. "Cantik senjata itu."Tiba² ros memecah keheningan. "Ini dapat membantu tugasku.Itu pun jika saya diberi peluang menggunakannya." "Anda kelihatan agak putus asa." Ramli tersentak. "Dengar sini,jika ada peluang,bolehkah saya ikut awak malam ini?." "Tentulah tidak." "Saya tidak takut." "Bukan kerana itu..."Kata ramli selamba.
Dia seolah-olah ingin membenarkan wanita itu turut serta.Tentu baiknya jika dia mempunyai teman. "Sebenarnya saya lebih suka sendirian,kerana mahkluk yang dicari ini tidak kira siapa.Saya tidak mahu bertanggungjawab terhadap kematian orang lain,jika benarlah pembunuh itu mahukan lagi mangsanya."Kata ramli jelas. "Ya,saya sudah agak itu alasan awak.Tapi saya berniat untuk menulis rencana mengenainya,itu pun setelah segalanya selesai." "Mahu minum sebelum kamu memulakan tugas?."Tanya ros separuh merayu. "Baiklah."Katanya.
Hanya seorang pelanggan saja dalam pub itu ketika itu.Lelaki itu bernama mahmud.Dia sedang minum. "Baik orangnya."Ros membuka cerita sambil menuding jari ke arah lelaki tersebut. Ramli tidak mahu bertengkar lagi. "Saya fikir binatang itu bukan binatang sebenarnya."Tiba² mahmud mencelah seolah tahu apa yang sedang ramli dan ros fikirkan. Suaranya dalam dan garau. "Apa fikiran kamu mengenainya?."Tanya tuan kedai itu. "Mereka melakukan kesalahan.Cuba cari binatang itu dalam tanah."Katanya seperti memerintah. Ramli dan ros mendengarnya hati². "Adakah kamu fikir ia tinggal dalam gua?."Tanya ros agak percaya. "Bukan gua tapi dalam tanah.
Tidak seorang pun turun ke dalam tanah untuk menyiasat.Tidak siapa tahu,yang kemungkinan ia ada didalam tanah.Terdapat sesuatu yang ganjil disana."Katanya tanpa diminta. "Umpamanya?." "Mahkluk² ganjil purbakala." "Pernah kamu lihat?."Tanya ros. "Belum pernah tapi seorang lelaki pernah melihatnya,sayangnya dia kemudian terkorban."Balas lelaki itu lebih yakin. "Dari mana cerita ini diketahui?." "Dari para pelombong yang kerap mendengus suara² ganjil dari dalam tanah..begitu juga ada yang pernah melihat mahkluk ganjil ini muncul diwaktu malam."Balas mahmud lagi.
Ros dan ramli terpegun seketika.Masing² terfikir akan kebenarannya. "Tapi kenapa mereka tidak memberitahu orang ramai atau pihak berkuasa?."Tanya ros dalam hati. Selesai minum dan mendengar cerita yang menggerunkan itu,kedua mereka meninggalkan kedai minum itu.Ros dan ramli masih mendiamkan diri tanpa banyak cakap.
(Bersambung...)
Catat Ulasan