Jilid 31 Bahagian 3 Penghisap Darah




Jahanam aku,jahanam hamid.Dia melentukkan leher ke cermin tingkap.Matanya tidak lepas ke hadapan melihat cermin yang dibasahi titisan² air hujan yang menderu turun.Hamid seorang jurujual tetapi cara dia berpakaian menampakkan ia seperti seorang saudagar kapal.

"Bagaimana aku berjaya mengelakkan diri dari selekoh tadi?."Tanya hatinya agak ragu².

"Kenapa tidak ada tanda² awas dijalan raya ini?.Aku membayar cukai jalan dan sebagainya tetapi apakah ini yang harus aku perolehi?.Bahkan langsung tidak kelihatan sebuah stesen minyak pun sepanjang perjalanan."runghut hati hamid lagi.

Matanya melihat pada jarum meter minyak dihadapan,tepat sekali jarum itu menunjukkan huruf E petanda akan habis bila² masa sahaja.

"Pergi jahanam dengan kawasan teruk ini,semua orang seolah mati,semuanya tidur.Mana tempat nak ditanya arah?"Kata hatinya lagi.

Sambil memandu fikirannya melayang jauh mengingatkan apa yang sedang dilakukan oleh isterinya di rumah.Mungkin kah sedang tidur,atau keluar minum di pub untuk menghilangkan kesunyiannya.

Hamid melihat jam tangannya.Hampir pub itu akan ditutup.Keraguannya mula menurun.

Tidak,dia tidak akan pergi ke pub itu.Mungkin sedang berada dirumah.Mungkinkah hamdan yang selalu mengurat isterinya ada sama,cepat² hamid membuang jauh ingatannya yang jahat itu.Kosentrasinya kembali bila roda kereta yang dipandunya menyentuh sesuatu yang keras.Terhoyong-hayang seketika kereta itu.Dan beberapa minit kemudian kereta itu berhenti.Enjin nya juga turut mati.

Kerana tidak tahan sejuk hujan dan terkurung dalam kereta sejak beberapa lama hamid keluar.Untuk mencari tempat teduh dibawah pokok.Mata hamid terpukau kepada sebatang pokok.Ada sesuatu yang menarik pada pokok itu.Dan matanya tambah terpukau bila melihat sesuatu muncul pada pokok tersebut.

 Paip dimulutnya padam.Tiba² sahaja paip itu terjatuh bila mulutnya terbuka luas.Hamid berpaling dan mahu berlari.Dia menuju ke keretanya,cuba menjerit tapi mulutnya tidak mengeluarkan suara.Dia berlari pantas melintasi keretanya seperti orang buta.Dia berlari sejauh lima puluh ela sebelum makhluk yang dilihatnya keluar dari pokok tadi menangkapnya.

(Bersambung...)



0/komen