Jamal duduk mengadap unggun api dihadapannya.Sambil tersenyum,dia mengambil gelas diatas meja dan meneguk air didalamnya.Jam antik yang tinggi dihadapannya berdenting beberapa kali.Seluruh ruang tersebut dipenuhi dengan gambar² cantik yang menyedapkan mata.Dia cuba memikirkan apakah tindakannya untuk mengesan kes pembunuhan yang sedang dilakukannya.Jamal berusaha memikirkan apakah benar binatang yang membunuh itu?atau pu..
Angan² nya mati bila tiba² pintunya diketuk orang.Secepat kilat jamal bangun.Dia mencapai rifel yang ada disisinya.Matanya liar memandang arah pintu.Kemudian kepada jam besar disebelah.Waktu yang agak ganjil untuk menerima tetamu,bisiknya.
Walau bagaimana pun,jamal bangun juga.Kakinya melangkah ke pintu.Lalu membukanya hati².Di luar tercegat ramli.
"Maaf kerana mengganggu awak."Bisiknya.
"Tidak mengapa,masuklah."Balas jamal agak lega.
Ramli masuk,ditangannya memegang dua topi.Wajahnya tidak sama lagi dengan ketika mereka bertemu di pub siang tadi.
"Ada yang anda lupa hendak beritahu saya?."Tanya nya.
Ramli menganggukkan kepalanya.
"Saya tidak ada masa jamal,saya hendak ke kuantan sekarang juga.Saya mahu awak mengikut saya."Pintanya sungguh².
"Malam buta begini?.Tidak boleh tunggu sampai esok pagi.Aku boleh naik keretapi dan berjumpa kamu disana nanti?Bagaimana?.
"Saya mahu anda melihat kesan² jejak itu ketika ianya masih baru."Jelasnya selamba.
Jamal membeliakkan mata.
"Apa?."
"Maaf jamal.Saya harap anda tidak keliru.Saya patut beritahu kamu."
"Bagi tahu saya apa?."Tanya jamal tidak sabar.
"Pembunuh itu,walau apa juga wujudnya telah membunuh lagi."
(Bersambung...)
Catat Ulasan