Pemandu polis itu memang pakar.Kereta itu bergerak laju sementara jalan raya itu agak lengang.Jamal dan ramli duduk di belakang.Pemandu itu sekejap² melihat peta di hadapannya.Dia kini memandu dengan perlahan,amat hati².Mereka memasuki satu kawasan yang penuh dengan hutan² dan pokok kecil.
Lorong itu sekejap sahaja sudah dipenuhi oleh cahaya yang agak malap.Kereta² peronda polis segera mengepung kawasan tersebut.Diatas tanah,tubuh hamid yang kelihatan sudah hancur berselerak tanpa dapat dilihat agak lama.
Detektif tamrin datang menghampiri kereta hamid yang pintunya tertutup rapat.Dia memegang lampu suluh.Pintu kereta dibuka.
"Saya meninggalkan tubuh mangsa itu dimana dia ditemui tadi."Katanya.
"Identitinya?."Tanya jamal.Ramli juga keluar dari kereta.
"Ada.Kad pengenalan dan segala dokumen yang tersimpan dalam dompet duitnya masih selamat."Balas detektif tersebut.
"Lelaki itu bernama hamid,jurujual dari bandar kuala lumpur.Nampaknya keretanya kehabisan minyak dan dia kebelakang kereta untuk mencari sesuatu."
"Pembunuh itu nampaknya datang dari arah pokok tersebut."Tambah detektif itu lagi."Dan nyata sekali mangsa telah berlari sejauh 50 ela sebelum sempat ditangkap oleh pembunuh berkenaan."
Jamal melihat arah kereta.Kemudian keatas jalan raya yang agak lengang.
"Maksud kamu dia berlari melepasi keretanya?."
Tamrin menganggukkan kepalanya.
"Adakah anda yakin dia cuba kembali ke dalam kereta dan mahu menguncinya?."
Sekali lagi pegawai polis itu mengangguk."Saya agak dia terlalu takut untuk masuk ke dalam kereta atau menggunakan kunci pintu atau mungkin juga kerana tidak langsung mempunyai masa untuk memikirkan hal itu."
"Ada apa² lagi?."Tanya jamal bila melihat ramli merapati kereta itu.
"Sama sahaja.Kesannya juga sama dengan apa yang ada ditempat dimana rahman ditemui mati dulu."
"Mari kita lihat mayat itu."Ajak ramli.Keduanya beredar dari kawasan itu.
"Adakah kamu jumpa kepalanya?."
"Tidak sama sekali.Hilang terus.."Jawab tamrin agak gementar.
"Harimau bintang tak mungkin melakukan hal itu."Bisiknya.
"Bagaimana jamal?."
Tidak apalah,nanti kita akan siasat.
"Saya tidak tahu.Dulu saya pernah melihat kesan seperti ini.Lihatlah berapa dalam cengkaman kuku kaki mahkluk ini,tapi dibelakang sana agak berbeza."Balas jamal.
Ramli menggangukkan kepalanya.
"Maksud anda ada dua jenis binatang yang melakukan perbuatan ini?."
Jamal bangun sambil mengangguk.Kemudian menyapu kedua lututnya.
"Disitulah bezanya jejak itu.Bila berjalan binatang tersebut berjalan dengan kedua kakinya."
"Alangkah beruntungnya jika kita tahu apa yang menyebabkan hal ini,maksud saya,pembunuh ini,binatang atau manusia?."
"Sesuatu yang berjalan dengan dua kaki dan bila berlari empat kaki."
"Atau juga kombinasi keduanya sekali."Balas tamrin agak gembira.
Jamal melihat kearahnya dan tamrin kelihatan agak malu².
"Kamu tidak percaya semuanya itu bukan?."
"Tidak.Sudah tentu tidak."Balasnya cepat.
Tidak lama lagi hari malam akan menjelang.
(Bersambung...)
Catat Ulasan