"Maaf johari."Kata jamal sambil memandang keluar tingkap,hujan rintik mula turun.Beberapa buah kereta kelihatan mundar-mandir dijalan raya.
"Anda telah melakukan sesuatu yang baik,dan jika ada orang yang berjaya mengesan jejak tersebut,orang itu semestinya anda."
Jamal menggangguk dan tidak pula menafikan.
"Apa lagi sekarang?."
"Saya tidak tahu.Saya bimbang.Saya mempunyai beberapa ekor anjing ke sini.Anda tidak tahu tentu ada sesuatu yang tidak kena?."
"Dan jejak itu?."Tanya nya lagi.
"Saya memang arif dengan jejak tersebut,tapi sayangnya saya tidak tahu dimana saya pernah melihatnya."
"Mana ada binatang yang berjalan dengan dua kaki tetapi berlari dengan empat kaki?."
"Tapi yang menghairankan saya ialah jejak kaki binatang itu akan berubah bila ia mula berlari.Saya juga mengukur besarnya lubang tersebut,nyata ada bezanya.Bagi saya bila binatang itu berjalan,tubuhnya sama besar dengan tubuh saya."
"Mesti ada sedikit penjelasan."Kata jamal."Ada banyak fakta yang bercanggah dengan apa yang sedang kita cakapkan.Apa yang gagal kita lihat dan faham."
"Sudah tentu."Kata ramli.
Matanya kemudian terus merenung hujan lebat diluar.
"Kedua kematian itu berlaku dalam jarak cuma beberapa batu saja."Kata jamal sambil menggariskan beberapa bulatan pada sehelai kertas yang ada ditangannya.
Pen ditangan ramli juga bergerak pada arah yang sama,cuma kawasannya sahaja yang berbeza.
"Anda dapat lihat jarak pembunuhan itu seperti tanda pangkah."katanya kemudian.
"Apa bendanya,hanya jarak dua batu?."
"Begitulah kira² nya."
"Dimana rumah baharin?."
"Saya mesti bercakap dengannya?."
Jamal menggariskan lagi kertas itu dengan tanda lurus,menghala ke barat,dan rumah baharin terletak di hujungnya.
"Tanah ini terletak berhampiran dengan kawasan dimana rahman terbunuh."Kata jamal."Tetapi jalan itu kini makin sempit kerana sudah tidak dilalui oleh kenderaan lagi."
Ramli memikirkan sesuatu,kemungkinan dia akan berjalan kaki untuk menemui lelaki tersebut.Dia dapat membayangkan bagaimanakah reaksi baharin kelak bila bertemu dengannya.
"Ada apa² idea?."Tanya jamal.
"Rasanya kita perlu melayaninya bagaimana kita melayani manusia yang makan daging harimau.Saya pernah melakukannya dulu.Mungkin caranya juga akan menarik perhatian."
"Buat perangkap maksud anda?."
Jamal mengangguk.
"Bagaimana?."Tanya rosli.
"Kita boleh suapkan daging kambing misalnya...atau pun juga kerana mungkin dia lebih suka dengan daging manusia."
"Sudah tentu kita tidak boleh membunuh manusia."
"Ya.Sebab itu lah kan lebih baik dibiarkan tulang rangka itu ditempat itu.."
"Awak mahu menjadikan diri awak sebagai mangsanya pula?.Saya bawa awak ke sini bukan untuk tujuan itu?."
"Saya pernah melakukannya dulu."
Jamal menggeleng-ngelengkan kepalanya,seolah tidak setuju dengan cadangan tersebut tetapi tidak pula menunjukkan tanda² menafikannya.
"Saya tidak dapat membenarkan awak pergi seorang diri.."Kata jamal lagi.
"Saya kena lah pergi seorang diri kerana jika ramai orang sudah tentu suasana akan menjadi sebaliknya.Mahkluk itu akan sedar kemudian."
"Baiklah.Saya tidak boleh menahan awak."Balas jamal agak kesal.
"Mungkin cadangan awak itu dapat membantu kita.Tapi mungkin juga keadaan akan menjadi sebaliknya.Siapa tahu?."
"Apa yang kita rugi?."Tanya nya kembali.
"Boleh jadi kamu akan hilang kepala."Balasnya agak gementar.
Keduanya kemudian menyedut kopi masing² sambil mendiamkan diri.
Keselesaan yang sedang mereka nikmati kemudian diganggu oleh suara berdetik diluar.Suara kehadiran seseorang.
"Oh,pemberita."Jerit jamal agak terkejut.
"Detektif jamal."Tanya lelaki itu sebaik sahaja muncul dibalik pintu.
Pemberita itu kemudiannya menghulurkan tangan dan disambut oleh jamal dengan senyuman sinis.
"Roseniza."Jawab pemberita itu sambil tersenyum manis."Dari akhbar melayu raya."Tambahnya kemudian dengan wajah yang masih tersenyum.
Dia kemudaian menarik tangannya dan menghala tangan itu ke arah ramli yang masih terpaku di kerusi.
Ketiganya kemudian terdiam sesaat sebelum masing² sedar apa yang harus dilakukan kemudiannya.
(Bersambung...)
Catat Ulasan