Jilid 31 Bahagian 7 Penghisap Darah



Pemandu itu tahu dimana hendak cari baharin.Ramli duduk di belakang dengan wajah yang puas.Cara ini pernah dialaminya beberapa hari yang lalu ketika mereka mengunjungi tempat pembunuhan pertama.Disitu lah ramli mula mengenali jejak tersebut.

Setengah jam setelah melalui sebuah persimpangan,mereka memilih sebuah jalan yang agak sempit.Tidak lama kemudian kelihatan rumah orang awam.

"Kamu tidak payah menunggu aku disini."Kata ramli tegas.

Pemandu itu kelihatan terkejut.Belum pernah dia diberitahu seperti itu sebelum ini.Diwajahnya jelas rasa kesedaran dan kegembiraan.Setelah kereta dan pemandunya beredar,ramli berjalan keliling rumah tersebut.

Dari jauh keadaannya agak menggerunkan,maklum jauh dari manusia.Sudah lah demikian,hutan kecil kelihatan tumbuh segar mengelilingi rumah itu.

Tiba² ada suara bedesir dari sebelah kanan ramli berdiri.Baharin muncul dengan senyum sinis.Dibahunya ada cangkul,mungkin baru sudah berkebun.

"Oh,jadinya jamal sudah memberitahu kamu yang dia ingin kamu menyertainya dalam sukan ini?."Tanyanya seperti sudah tahu.

Mata baharin liar memandang keatas ke bawah.Dia membuka paipnya dan kemudian dia ketawa kuat lalu menepuk bahu ramli.

"Mari masuk ke dalam rumah."Katanya selamba.

 Tiba didalam rumah mereka terus duduk.Mata ramli liar memandang keadaan didalam rumah tersebut,segalanya tersusun dengan kemas.Sedap mata memandang.

"Minum?."Baharin bertanya.

"Saya mahu minum kopi."Balas ramli agak mendadak.

"Jamil."Terdengar baharin menjerit.

Seorang lelaki muncul dibalik pintu yang separuh ternganga.Pakaiannya sama seperti baharin agak comot dan lebih ke kampungan.Tangannya agak besar dan wajahnya sudah ada banyak kedut²,petanda usia yang makin lanjut.

"Bawakan kopi."Perintah baharin.

Lelaki tersebut mengangguk tanda hormat dan kemudian berlalu keluar sambil mengheret kakinya yang agak tempang.

"Dia itu orang gaji saya."Baharin berkata tanpa ditanya.

"Saya ingatkan awak tidak suka gunakan orang gaji?."Celah ramli.

Baharin menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kamu kelihatan sehat."Katanya kemudian.

"Saya sihat."Balas ramli.

"Sayangnya kamu telah putus asa dalam hidup."Sambut baharin agak kecewa.

"Hanya mengubah corak hidup,itu saja."

"Oh ia sama sahaja."Kata baharin memulihkan keadaan.

"Kamu sepatutnya tidak terlalu berharap orang lain akan menyetujui rancangan dan idea kamu."

"Tidak apalah.Bagaimana dengan pembunuh itu?.Siapa orangnya pada pendapat kamu?."

"Saya tidak tahu sebenarnya.Kamu tahu pembunuh itu membunuh lagi malam tadi?."Kata ramli memberitahu.

"Ya.Saya ada dengar."

"Anda nampak kesannya?."

"Ya.Kesan² tersebut memang pernah saya lihat."

Baharin menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

"Tidak.Saya percaya telah melihat jejak itu dulu,sayangnya terlupa dimana."

"Anda mungkin juga boleh mengingatinya kerana sepuluh tahun dulu kita pernah melihatnya bersama."Pinta ramli.

"Jamal beritahu saya kamu tidak cam dengan kesan jejak² tersebut."Kata ramli lagi.

Baharin senyum dan kemudian mula bercakap sambil menggoyangkan kepalanya.

"Baiklah.Adakah kamu..?"

Ramli mahu berkata lagi tetapi mulutnya terkunci.Sebaliknya dia menyalakan api paipnya.

"Bagaimana pun saya yakin anda dapat menjejaki binatang ini walau dengan apa cara sekali pun."kata baharin memberi semangat.

"Adakah anda fikir pembunuh itu seekor binatang?."Tanya baharin ingin tahu.

"Boleh jadi."

"Masa kan seekor binatang boleh memenggal kepala seorang manusia dengan begitu mudah."

"Sungguh menarik untuk diburu."Balas baharin sambil tersenyum.

"Menarik?.Jangan begitu baharin.Dua orang sudah terbunuh dan kamu mengganggap kes ini sebagai sesuatu yang menarik untuk diburu?."

Baharin meneguk kopi dihadapannya.

"Pemburuan selalunya menarik untuk dilakukan ramli.Kamu tahu itu.Walau pun bahaya.Ia masih menjadi satu keseronokan.Kamu pun pernah mengalaminya."

"Anda marah ramli?."

Ramli mengganggukkan kepalanya.

"Mungkin saya juga salah.Jika saya kalah,saya akan menyertai pemburuan anda itu.Adakah kamu dapat membuktikan yang saya bersalah?."

Baharin berdiri.Tangannya diletakkan diatas meja dan kemudian merenung ramli.

"Anda pernah berlawan dengan saya dan menang dalam masa tujuh menit.Bolehkah anda melakukan lagi sekarang,atau mungkin dalam masa lima,empat atau tiga minit?."

"Ini keanak-anakkannya."

Kerana marah ramli menyambut cabaran itu.Dia bingkas bangun menuju ke meja dimana baharin meletakkan sikunya tadi.Tangan mereka disilangkan.Mata masing² bertentang antara satu sama lain.

"Kamu bersedia ramli?."

Ramli mengganggukkan kepalanya.

Baharin meletakkan tangan kanannya atas meja dan kemudian melihat jam ditangannya.

"Mulakan."

Tangan baharin tidak bergerak sementara ramli berusaha mengumpulkan kekuatannya.Mulut baharin tersenyum lebar sementara ramli menunjukkan perasaan marahnya yang teramat sangat.

"Sepuluh saat."Katanya."Saya masih menunggu ramli."

Ramli mengumpulkan kekuatannya.Dan dengan satu helaan nafas yang bercampur rasa marah dia menumpaskan lengan kanan baharin atas meja.

"Lima puluh saat."Kata baharin.

Ramli menggoncangkan tangannya.Mulutnya kembali senyum dan kekuatannya juga hilang terus.Kemarahannya juga lenyap.

"Baiklah anda menang."Kata baharin mengaku kalah.

"Sekarang saya akan bantu kamu memburu pembunuh itu."

Perjalanan pulang ke hotel di kuantan menjadikan ramli lupa keadaan yang bakal ditempuhnya nanti.Segala-galanya kini terlalu menggembirakannya.

Ditengah jalan dia berhenti minum di sebuah gerai makan yang agak usang.Namun begitu minuman dan makanan yang disediakan agak sedap untuk membasahi kerongkong.

Tiba² pandangan matanya tertumpu kepada seorang lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari gerainya tadi.

Jika tidak salah,itu tamrin,bisik hatinya.

Dan belum sempat ramli bersuara,tamrin sudah menjerit."Encik ramli."

"Disini rupanya anda."Katanya.

"Kan saya beritahu jamal yang saya tidak mahu sebarang campur tangan."

"Dia yang menyuruh saya kemari mencari encik."Balas ramli.

"Adakah anda perlu takut?."

"Maafkan saya jika saya selalu menakutkan anda."Kata tamrin seolah minta dimaafi.

"Selain dari saya mungkin menembak anda,kemungkinan juga peluang untuk menangkap binatang yang membunuh itu akan musnah."

"Dia telah membunuh lagi."Katanya.

"Cuma dibelakang jalan sempit ini."Katanya lagi sambil merenung wajah ramli.

Pada sebuah gerai makan yang agak tua kelihatan seorang lelaki bernama lami dikerusi dengan tubuh yang sudah kaku.Matanya terbeliak seolah telah melihat sesuatu yang selama ini belum pernah dilihatnya.

Kerusi di kiri kanan mayatnya dipenuhi dengan titis² darah yang kehitam-hitaman.Sementara yang lain kelihatan carik².

"Seekor binatang?."Tanya jamal yang telah siap menunggu disitu.

"Mungkin juga.Tapi bagaimana binatang jahanam itu boleh masuk ke sini?."

Tidak ada seorang pun yang menyahut pertanyaan itu.Masing² sedang ligat berfikir.

Mayat itu telah dipindahkan.Pakar polis menjalankan siasatan terus.Tidak seorang pun boleh berkata apa² buat masa ini.Tidak ada kesan yang boleh dituruti untuk menjalankan pemeriksaan rapi sekitar kawasan itu.

"Boleh kita lihat diluar?."Tiba² jamal bersuara.

Ramli mengikutnya keluar.Suasana menjadi tegang seketika.

 "Ada bau busuk disini.Bau binatang dan bukannya bau manusia."Katanya selamba.

"Pembunuh ini mestinya seekor binatang,bukan manusia.Buktinya ini."Kata jamal sambil menguis-nguiskan hidungnya.

"Kecuali."

"Kecualinya apa?."

"Kecuali dia hanya memakan kepala manusia."Bisik jamal agak perlahan dan nampak ngeri

Bunyi anjing² polis kedengaran dari jarak jauh.Ramli sedar akan kedatangan binatang² itu.Dan kini dia sudah bersiap sedia untuk menjalankan tugasnya dengan lebih bersemangat.Apa jadi sekali pun dia akan berusaha memastikan tidak ada orang lagi yang akan kehilangan kepalanya.

"Anjing² tersebut tidak dapat menghidu jejak pembunuh itu dari sini."Katanya.

"Mahu cuba disebelah pagi?."

"Saya akan cuba.Saya tidak dapat berharap sangat jamal.Bagaimana pun kita akan cuba."Balas nya seperti orang kecewa.

Setelah urusan menyiasat selesai dikawasan itu,keduanya kemudian pulang ke hotel untuk berehat.Mereka akan memulakan tugas baru esok pagi.

(Bersambung...)



0/komen