"Ada apa² kenyataan untuk akhbar?." "Tidak ada." "Bolehkah anda meramalkan bila akan membuat tangkapan?." Dia mengeluarkan buku notanya. "Siapa yang boleh katakan?.Sedangkan kita sendiri tidak tahu binatang apa yang hendak kita tangkap." "Boleh saya tuliskan itu?." "Demi kerana keadaan saya berharap jangan."Balas ramli. Jamal tidak menjawab,dia menggerakkan tubuhnya dan kemudian menganggukkan kepala tanda setuju dengan penjelasan ramli. "Dengar sini.Jangan apa² kan.Mungkin saya akan memberikan kenyataan bila saya balik nanti,awak tunggu lah nanti." "Saya fikir dapat apa yang saya cari?."Balas pemberita itu. "Saya percaya anda telah mendapat satu idea yang amat menggembirakan."
Mereka kemudian menuju ke tempat dimana ada jejak² yang harus diikuti.Jejak tersebut datangnya dari sebuah rumah.Besar kemungkinan jejak itu bermula dari sebuah rumah yang terletak tidak jauh dari kawasan pembunuhan tersebut. "Ia berjalan ke sini."Bisik ramli. Jamal memandang semula ke rumah itu.Seorang anggota polis berdiri berhampiran pintunya. "Tidak ada sesuatu yang dapat melompat sejauh ini."Balasnya. "Sepanjang yang kita tahu tidak ada." Jamal menganggukkan kepalanya. "Mungkinkah pembunuh itu meninggalkan jejaknya hingga kesini dan kemudian mula berjalan?." Jamal menganggukkan kepalanya.
"Saya mula berfikir bahawa mahkluk ganjil ini boleh melakukan apa sahaja." "Anjing² itu.." Anjing itu berjaya mengesan jejak hingga ke tempat dikesan itu ditemui.Tidak begitu jauh. "Jejak ini sama dengan yang lain."Kata jamal kepada pengikutnya. Sedang mereka asyik bercerita tiba² baharin muncul dari dalam semak.Dia memikul senapang dibahunya sementara bibirnya mengukir senyum. Baharin mengganggukkan kepala sementara ramli terus meneguk air seolah tidak sedar akan kehadiran baharin. "Anda datang kesini untuk mengadu nasib bukan begitu baharin?." "Saya seorang pemburu dan saya akan melakukan apa sahaja untuk memburunya." "Bolehkah kamu menemui pembunuh itu?." "Saya belum cuba." Baharin melihat jamal dan kemudian pandangannya jatuh ke wajah ramli yang murung. "Adakah kamu marahkan saya?."Tanyanya kepada ramli."Baiklah.Saya suka orang marahkan saya."Kemudian dia ketawa sekuat hati.
Semua yang ada disitu melihat telatah baharin yang menggelikan hati dan membuatkan ramli makin marah.Tingkah lakunya yang tidak bersopan itu kemudian menjadi-jadi. Rosniz,pemberita yang turut serta ditempat itu makin gembira.Kehadiran lelaki ganjil itu disitu sekurang-kurangnya memberinya berita baik. "Siapa dia itu?."Tanyanya. Tidak seorang pun menjawab.Masing² menahan marah yang amat sangat.W
ajah jamal dan ramli menjadi merah padam. Baharin sudah hilang dari kawasan itu.Dia pergi dengan meninggalkan kesunyian yang amat ketara.Kesunyian dan pertanyaan yang hanya dapat dimengertikan oleh orang² yang tahu akan tabiat nya. Kebimbangan terasa menyerang suasana itu untuk seketika. "Anda seperti orang takut jama?." "Tidak juga.Tapi sedang memikirkan sesuatu yang mungkin diluar kesedaran saya." "Belum ada sebarang keputusan?."Tanya ramli. Lelaki itu menggelengkan kepalanya.
(Bersambung...)
Catat Ulasan