Temu janji mereka untuk berkumpul dikawasan dimana jejak² itu ditemui berlaku menurut jadual.Jamal amat terkejut melihat baharin juga turut serta disitu.Tapi dia masih menahan kemarahannya itu,begitu juga dengan ramli.Masing² hanya membisu. "Selamat pagi."Tegur baharin dari jauh. "Anda nampaknya seperti runsing?." "Semestinya aku runsing."Balas jamal. "Belum ada tanda apa²?." "Belum.Sepanjang malam kami berjaga sayangnya tidak ada apa yang berlaku.
Seolah-olahnya pembunuh itu tahu yang tempat ini sudah dikawal." "Terima kasih kerana banyak bertanya,tetapi buat masa ini kami tidak ada masa untuk melayani kamu."Kata ramli menamatkan perbualan. "Ya.Saya tahu bagaimana perasaan kamu berdua."Kata baharin.Baginya kenyataan itu sebagai satu perkara yang menyeronokkan. "Atau hanya jika aku dikenal pastikan..." "Pasti?.Pastikan apa?." "Mungkin juga."Balasnya terkekeh-kekeh.
Merasakan kehadiran tidak diperlukan ditempat itu,baharin mula membebel.Tidak tahu apa yang dicakapkannya.Kemudian perlahan-lahan dia bangun dan bergerak dari situ. "Adakah dia itu gila?."Ros pemberita tanya ingin tahu. Semua yang ada tidak seorang pun menjawab. "Saya juga bimbang akan keselamatannya disini."Balas pemberita muda itu.
Jamal duduk diatas tunggul kayu.Dia menunjukkan simpati pada ros tapi tidak dapat berbuat apa². "Ada sesuatu mengenai suaranya.Nada suaranya menyeramkan..bila bercakap tentang kematian,saya bimbang..." "Ada apa² berita?."Tanya ros. "Saya telah meminta bantuan askar untuk mengesan pembunuh tersebut."Dia berkata demikian kepada ramli tetapi ros dengan cepat menulisnya dalam buku catatannya. "Dan apakah tugas mereka nanti?."Tanya ramli. "Hanya tuhan sahaja yang tahu." Ros dengan senang hati menulisnya dalam buku catatannya dengan senyum yang terus berbunga.
(Bersambung...)
Catat Ulasan