Kapal Tanpa Manusia Mendarat Di Pantai



BEBERAPA penduduk melihat sebuah kapal tangki yang berlabuh di pantai Liberia

MONROVIA, Liberia – Kehadiran sebuah kapal tangki minyak tanpa manusia yang mendarat di sebuah pantai di sini mencetuskan misteri kepada pihak berkuasa.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kapal bernama Tamaya 1 yang didaftarkan di Panama itu termasuk bagaimana ia boleh belayar dan berlabuh tanpa seorang pun anak kapal.

Kapal berkenaan dikatakan hilang sejak tiga minggu  ketika dalam perjalanan ke pelabuhan Senegal, Dakar .

“Kami berasa pemilik kapal itu telah muflis menyebabkan pihak syarikat tidak mempunyai wang untuk membayar gaji pekerja dan kesemua mereka meninggalkannya di tepi laut,” kata pihak berkuasa pelabuhan.

Pihak berkuasa turut tidak menolak kemungkinan kapal berkenaan telah dirompak oleh lanun.

Bagaimanapun siasatan mendapati, kapal itu telah menjadi mangsa vandalisme selain beberapa barangan berharga telah hilang berkemungkinan disebabkan pihak polis terlalu lambat bertindak selepas menerima laporan daripada penduduk.


0/komen