Jualan Samsung Galaxy S10 dilaporkan agak rendah di Korea Selatan. Ini adalah kerana pengguna di negara K-Pop ini menantikan versi 5G untuk ditawarkan memandangkan negara ini adalah yang terawal mempunyai rangkaian 5G. Samsung Galaxy S10 5G dijual pada harga KRW 1,390,000 (~RM 4992) untuk versi storan 256GB dan KRW 1,550,000 (~RM 5567) untuk versi storan 512GB.
Ini adalah harga yang lebih murah berbanding Samsung Galaxy S10+ dengan 12GB RAM dan 1TB storan yang ditawarkan di Malaysia. Selain sokongan 5G, dua model yang ditawarkan di Korea Selatan ini dilengkapi skrin lebih besar 6.7″ Dynamic AMOLED QHD+, hanya hadir dengan memori sebesar 8GB, tiada slot untuk kad mikroSD dan mempunyai konfigurasi catur-kamera 12+12+16+TOF Megapixel pada bahagian belakang. Pengguna di Korea Selatan boleh membeli Samsung Galaxy S10 5G bermula 5 April kelak.
Catat Ulasan