30 Anak Ayam Beribukan Kucing....!!!



Jangan terkejut jika anda melihat sekumpulan anak ayam bermain-main berdekatan dengan seekor kucing yang comel.

Tindakan ini dilihat amat mengejutkan pemiliknya. Seekor kucing yang diberi nama Niu niu ini menjadi ibu angkat kepada 30 anak ayam yang baru lahir.

Bayangkan betapa comelnya mereka kerana tidak takut dengan fizikal kucing. Bukankah kucing itu mampu ‘menelan’ anak ayam jika ia terlalu lapar. Namun itu yang berlaku sebaliknya.

Lao, seorang petani berasal dari Heilongjiang, China, pada awalnya khuatir ketika pertama kali melihat kucingnya, Niu Niu, selalu berdekatan dengan ayam-ayamnya.

“Saya datang ke rumah dan menemui Niu Niu berada di kandang anak ayam. Pada saat itu saya khauatir Niu Niu akan memakannya,” katanya,

“Saya berteriak ketika itu agar Niu Niu keluar dari kandang. Namun Niu Niu tetap tak mahu keluar dari sana. Ia malah terdiam dan membiarkan anak-anak ayam memanjat ke badannya dan membiarkan mereka bermain,” tambah Lao.

Sekarang Lao tidak risau lagi untuk meninggalkan Niu Niu bermain bersama anak-anak ayam, sementara dia pergi ke ladang.

“Menakjubkan,” ujar Lao. “Niu Niu bahkan memeluk anak-anak ayam tersebut ketika tidur, dan mereka berkicau seolah-olah mereka berada di bawah perut ibu mereka.

“Niu Niu menjilat anak-anak ayam itu dan bermain dengan mereka sementara mereka mengikutinya ke mana-mana,” jelas Lao.



0/komen