Oliver yang sedar dari koma akibat cubaan membunuh diri terkejut apabila dilemparkan dengan bil hospital bernilai AS$93,424
Bil hospital yang dimuat naik oleh mangsa, Oliver Jordan
SEORANG pesakit yang sedar dari koma akibat cubaan membunuh diri terkejut apabila dilemparkan dengan bil hospital bernilai AS$93,424 (RM386,074).
Selepas seminggu dirawat di hospital, Oliver Jordan menerima bil untuk rawatan yang terdiri daripada penggunaan makmal (RM119,842), penggunaan katil dan wad (RM42,482) dan perkhidmatan bantuan pernafasan (RM51,209).
“Ini betapa mahalnya untuk cubaan membunuh diri di Amerika Syarikat,” katanya .
Oliver, 21 tahun yang bekerja dalam bidang perundangan di Oklahoma, menyatakan bahawa dia bersyukur kerana mempunyai insurans dan hanya perlu membayar dalam RM11,777.
Dalam kajian oleh Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health, sesetengah hospital di Amerika Syarikat menaikkan harga lebih 1000 peratus.
Catat Ulasan