Agaknya inilah rupa makhluk asing yang di maksudkan.
LONDON - Seorang profesor di Universiti Oxford mendakwa makhluk asing sedang membiak dengan manusia bagi menghasilkan hidupan hibrid yang dapat menyelamatkan Bumi daripada kemusnahan akibat perubahan iklim.
Pensyarah bahasa Korea di Institut Ketimuran Oxford, Dr. Chi Young-hae menulis buku berkenaan dakwaannya yang berjudul Kunjungan Makhluk Asing dan Penamat Manusia menggambarkan bahawa makhluk hibrid itu mungkin sudah hidup dalam kalangan manusia di Bumi.
“Bukan sahaja saintis dan ahli teologi, spesies bukan manusia yang mengambil berat tentang kelangsungan manusia sedang cuba mengatasi masalah perubahan iklim kita. Projek hibrid ‘mereka’ adalah tindak balas terhadap kemusnahan dihadapi tamadun manusia,” katanya.
Young-hae mendakwa ada empat jenis makhluk asing iaitu kecil, tinggi dan gelap, bersisik dengan mata seperti ular dan menyerupai serangga. Makhluk asing jenis serangga didakwanya memberi arahan kepada jenis lain dalam sistem komunikasi komprehensif yang tidak boleh digarap manusia.
Walaupun masih mencari bukti bagi menyokong dakwaannya itu, Young-hae menyatakan hibrid manusia dan makhluk asing itu jauh lebih bijak dan mungkin dapat mengemukakan jalan penyelesaian kepada permasalahan dihadapi Bumi kelak.
Catat Ulasan