Falcon Heavy ialah roket paling berkuasa pernah dihasilkan sejak ialah Saturn V yang digunakan untuk tujuh misi ke bulan NASA tetapi telah ditamatkan perkhidmatan sejak 1973. Ia berjaya melakukan penerbangan pertama dengan kargo sebuah Tesla Roadster. Kini roket yang dibina oleh Space X akhirnya berjaya melakukan misi komersial pertamanya untuk melancarkan satelit telekomunikasi Arabsat-6A.
Roket gergasi ini dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy yang terletak di Florida. Selepas 34 minit, ia berjaya meletakkan Arabsat-6A pada orbit seperti yang dirancangkan. Usai pelancaran, ketiga-tiga roket penggalak Falcon 9 yang digunakan secara serangkai kembali ke bumi dan melakukan pendarat dengan sempurna.
Ini adalah kali pertama ketiga-tiga roket penggalak berjaya mendarat semula dengan selamat. Semasa penerbangan pertama tahun lalu, salah satu roket penggalak ini terhempas selepas mengalami kegagalan enjin.
Kemampuan Falcon 9 untuk mendarat semula ke bumi secara automatik selepas melakukan misi membuatkannya unik dalam industri aeroangkasa. Ini mengurangkan kos kerana ia boleh melakukan lebih banyak misi dalam masa yang singkat berbanding roket biasa.
Catat Ulasan