SEORANG kanak-kanak melihat bapanya menggilis PS4 menggunakan sebuah kereta di London.
COSBY (kanan) menghempaskan batu ke atas PS4 sambil disaksikan Tracy
LONDON - Geram melihat pelajaran anaknya merosot gara-gara leka bermain PS4, seorang bapa di Britain memandu kereta dan menggilis konsol permainan video kanak-kanak berkenaan.
Malah, sebagai pengajaran, Tre Cosby turut memaksa anak lelakinya itu memusnahkan PS4 tersebut dengan memukulnya menggunakan batang besi.
Lebih sadis, Cosby membuat keputusan merakam detik tersebut.
“Wahai dunia, sekali lagi anak ini leka dengan alat elektronik. Dia tidak mahu bertindak dengan betul, jadi cuba teka? PS4 anak bongsu saya ini akan dimusnahkan tetapi bukan saya yang melakukannya,” katanya .
Cosby memasukkan PS4 itu ke dalam beg plastik sampah dan memanggil anaknya, Tracy yang leka menonton televisyen di tingkat atas kediaman mereka dan menerangkan apa yang akan berlaku sebentar lagi.
Mereka kemudian menuju ke luar rumah untuk memusnahkan PS4 tersebut.
Tracy mula menangis sebelum Cosby bersuara: “Saya tidak mahu mendengarnya, pukul PS4 itu dengan batang besi, pukul kuat-kuat. Kamu tidak melakukannya dengan betul.”
Cosby kemudian mengambil seketul batu dan menghempaskannya ke atas PS4 itu.
Dia kemudiannya meletakkan PS4 berkenaan di belakang tayar sebelum mengundurkan kereta dan menggilis konsol permainan video itu.
Catat Ulasan