Maut Ketika Berselfie



Ramandeep Singh terbunuh ketika berselfie dengan pistol bapanya


Punjab, India: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di India, mati tertembak ketika berselfie dengan pistol bapanya.

Ramandeep Singh, 15, mengacukan revolver .32 ke kepalanya ketika bergaya untuk berselfie bersama adik perempuannya namun dia tersilap memetik picu pistol, bukannya menekan butang kamera telefon bimbitnya.

Ibu bapanya bergegas pulang selepas diberitahu jiran dan mengejarkannya ke hospital di Ludhiana tetapi remaja itu meninggal dunia semalam akibat cedera parah di kepalanya.

Kadar kematian akibat selfie di India kini melebihi Amerika Syarikat dengan 11 kes dilaporkan tahun ini, menyebabkan Mumbai menetapkan 16 zon larangan selfie termasuk kawasan pelancongan Kota Mehrangarh di Jodphur, Rajasthan.

Antara kejadian sebelum ini, seorang lelaki di Kerala terbunuh dipijak gajah ketika berselfie di sebuah kuil , dan seorang remaja maut dilanggar kereta api di Chennai ketika berselfie di tepi landasan.




0/komen