Motosikal Elektrik Indonesia


Setelah beberapa kali tertunda pelancarannya, motosikal elektrik pertama Indonesia telah selamat dilancarkan tiga hari lalu, bersempena majlis pembukaan acara permotoran tahunan Indonesia Indonesia International MotorShow 2019.


Sempena pameran ini juga, pengeluarnya GTI mengumumkan diskaun khas bagi sesiapa yang menempahnya pada harga 23.5 Juta Rupiah (RM6,800) manakala harga rasmi sebenarnya ialah 24.9 juta (RM7,250)

Menurut syarikat tersebut, projek skuter elektrik ini merupakan kerjasama daripada banyak agensi seperti Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Surabaya, Jawa Timur, Institut Teknologi Bandung (ITB), dan Universiti Sebelas Maret Surakarta (UNS), BUMN seperti PT Wijaya Karya Industri dan Konstruksi (WIKON), PT. Pindad (Persero), PT. Len Industri (Persero), PT. Pertamina (Persero), dan PT Telekomunikasi Indonesia (Persero) yang diwakili PT. Telekomunikasi Selular (Telkomsel).



GESITS dikilangkan oleh pengeluaran PT Wijaya Industry Manufacture (PT WIMA) di kawasan Cileungsi. Kilang ini merupakan hasil kerjasama antara PT WIKON dan GTI (PT Gesits Technologies Indo).

Skuter elektrik ini mampu bergerak sejauh 50 kilometer bagi sekali cas, namun ia boleh digandakan dengan menggunakan sebuah lagi bateri tambahan.

0/komen