Nokia 1 Plus



HMD Global nampaknya kini telah aktif dalam memperkenalkan beberapa peranti baru untuk pasaran tempatan. Selepas memperkenalkan Nokia 4.2 tempoh hari, kini mereka turut mengumumkan Nokia 1 Plus yang akan dijual di Malaysia bermula 2 Mei 2019 ini.

Nokia 1 Plus merupakan telefon pintar yang dijana Android Go, sekaligus membawa spesifikasi yang rendah bersama-sama dengannya.

Nokia 1 Plus dilengkapi skrin 5.45-inci IPS, dijana cip MediaTek, memori 1GB RAM, dan storan 8GB. Ia menggunakan kamera hadapan 5-megapixel, selain kamera belakang 8-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Nokia 1 Plus ini melalui pengedar rasmi Nokia seluruh negara bermula 2 Mei 2019 pada harga RM329.

0/komen