Pistol Yang Kelihatan Seperti Sebuah Telefon Pintar



Di Amerika Syarikat hak memiliki senjata termaktub di dalam perlembagaan mereka. Masalah jenayah senjata berleluasa seperti Amerika Syarikat tetapi pihak kerajaan menerima tentangan untuk mengetatkan undang-undang penjualan senjata.

Di beberapa negeri seperti di Texas, terdapat undang-undang yang membenarkan orang awam membawa senjata secara tersembunyi sebagai cara mempertahankan diri dari menjadi serangan senjata oleh penjahat. Kini wujud pula Ideal Conceal, sebuah pistol boleh lipat yang kelihatan seperti sebuah telefon pintar.

Ideal Conceal ialah pistol berkaliber 0.38 dengan kapasiti dua butir peluru. Apabila dilipat ia cukup selesa untuk disimpan di dalam poket seluar. Pengeluar pistol mini turut menghasilkan sistem pencangkuk pada tali pinggang yang membuatkannya kelihatan benar-benar seperti sebuah telefon dan bukannya senjata yang mampu membunuh.

Ia dijual pada harga $395 (RM 1592) sebuah dan mensasarkan pengguna yang mahu membawa senjata bagi mempertahankan diri tanpa menakutkan orang ramai.

0/komen