Pukau Dengan Menepuk Bahu... Rm11,000 Lesap




Di sebuah bank di Jalan Menteri, Sungai Besar inilah tempat Mohd. Rastam mendakwa dipukau oleh dua lelaki dan kerugian RM11,000.

SABAK BERNAM – Hanya selepas bahu ditepuk, seorang pemuda mendakwa wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM11,000 miliknya dikebas dua lelaki Indonesia di sebuah bank di Sungai Besar di sini .

Sebelum kejadian pukul 10.55 pagi, Mohd. Rastam Mahari, 38, dari Taman Harmoni, Sekinchan dibawa oleh dua lelaki berpakaian kemas menaiki sebuah kereta untuk pergi ke sebuah bank di Sungai Besar.

Di bank tersebut, Mohd. Rastam yang merupakan seorang penganggur mendakwa, salah seorang lelaki itu mengisi borang pengeluaran sebelum Mohd. Rastam membuat pengeluaran wang berjumlah RM11,000.

Selepas itu, mangsa tanpa sedar telah menyerahkan kesemua wang tersebut kepada kedua-dua lelaki berkenaan sebelum dirinya ditinggalkan di sebuah kedai aksesori di pekan Sekinchan.

Mengimbas kejadian itu, Mohd. Rastam memberitahu, dua lelaki itu telah mengikut ayahnya pulang setelah mereka berjumpa di pekan Sekinchan pada hari sama.

“Ayah kata, kedua-dua lelaki Indonesia itu menepuk bahu dan berjabat tangan dengannya ketika dia mahu masuk ke sebuah kedai jam.

“Selepas itu, ayah dan kedua-dua lelaki itu berbual-bual seperti sudah lama kenal,” katanya.



0/komen