Rumah Lima Tingkat Tergantung Di Tebing Laut



konsep rumah tergantung lima tingkat yang dihasilkan sebuah studio reka bentuk.



pemandangan dari dalam bilik yang menghadap ke arah laut


MELBOURNE - Sebuah rumah mewah lima tingkat bakal dibina di tepi tebing laut bagi membolehkan pemiliknya menikmati pemandangan yang indah.

Model rumah yang diilhamkan oleh firma arkitek Australia, Modspace Concept itu adalah bagi memenuhi permintaan orang ramai yang mahu tinggal di kawasan berbatu yang sebelum ini dianggap tidak sesuai didiami.

Kediaman itu dinamakan sebagai Cliff House dan mempunyai kemudahan lif pada setiap tingkat.

Menurut syarikat pereka kediaman itu, Cliff House direka untuk memberi fokus kepada konsep bagi menjadikannya sebahagian daripada tebing itu dan bukannya sesuatu yang ditambah pada struktur tebing.

“Kedudukan rumah yang unik itu menghasilkan hubungan rapat antara penghuni dengan lautan terbuka dan pada masa sama mengurangkan masalah pembinaan yang sinonim dengan permukaan batu tidak rata,” menurut firma itu.

Rumah itu akan dilekatkan di permukaan tebing menggunakan pin keluli rekaan khas.

Bagaimanapun, tiada maklumat didedahkan mengenai harga atau bila projek Cliff House itu akan bermula

0/komen