Seorang pekerja memegang sebatang tukul besi untuk memecahkan lantai jubin.
Kesan pagar kayu musnah akibat hentakan tukul besi oleh beberapa pekerja landskap binaan.
Lelaki ini mengumpil kepingan jubin lantai di sebuah rumah di Cheshire, England baru-baru ini.
LONDON - Sekumpulan jurubina landskap laman memusnahkan ruang berturap di sisi sebuah kediaman yang baru dibina selepas pemiliknya gagal melunaskan bayaran sebanyak £7,300 (RM39,660) baru-baru ini.
Insiden itu dilaporkan berlaku sebuah kawasan kejiranan di Pelabuhan Ellesmere dekat Cheshire, England. Perbuatan memusnahkan lantai jubin menggunakan tukul besar itu dirakam dan dikongsi di Facebook oleh salah seorang jurubina landskap iaitu Jack Pendergast.
Berdasarkan rakaman, dua lagi tukang kebun lain cuba meruntuhkan pagar kediaman itu.
“Inilah akibatnya jika kamu cuba bermain-main dan berhutang £7,300. Pecahkan tempat ini. Saya sudah lima kali meminta bayaran, sekarang tidak lagi,” kata Pendergast.
Menurutnya, pemilik kediaman itu ialah seorang wanita penipu kerana membiarkan sekumpulan lelaki muda membuat kerja tanpa bayaran.
Polis Cheshire mengesahkan anggotanya tiba di lokasi kejadian, namun membuat keputusan bahawa ia adalah pertikaian sivil dan tidak membuat tangkapan
Catat Ulasan