Aplikasi Peliharaan Haiwan Maya



Sempena sambutan Hari Raya tidak lama lagi, Agmo Studio Berhad kini memperkenalkan aplikasi penjagaan haiwan MotomoPets yang dikuasakan dengan rantaian blok dan realiti terimbuh. Tujuan utama aplikasi ini adalah untuk menggalakkan interaksi sosial antara pengguna bersama kenalan terdekat sewaktu meraikan hari perayaan nanti.

MotomoPets adalah aplikasi yang membolehkan pengguna untuk memelihara haiwan pilihan mereka. Ia tersedia dengan pelbagai tema daripada setiap musim perayaan. Bagi makluman anda, sistem rantaian blok ini berfungsi untuk menyokong aplikasi dengan memastikan jaminan keselamatan pada setiap data pengguna.
Aplikasi ini juga dapat menghubungkan pengguna dengan yang lain melalui imbasan kod QR pada aplikasi. Setiap imbasan kod yang dilakukan, pengguna akan memperolehi kredit keberkatan. Malah, haiwan peliharaan tersebut akan berubah mengikut fasa permainan dan dapat mengakses pelbagai ciri menarik pada peringkat seterusnya.

Apa yang menariknya, aplikasi ini turut hadir bersama kiriman kad raya digital (e-salam) kepada pengguna. Menerusi MotomoPets, ia tampil dengan membolehkan pengguna untuk menyesuaikan kad raya digital ini dengan pengalaman realiti terimbuh kepada penerima.



Oleh itu, menerusi aplikasi MotomoPets ini anda dapat memanfaatkan dua teknologi dengan mewujudkan cara interaktif bagi menghubungkan interaksi sosial antara satu sama lain. Bagi anda yang berminat, aplikasi ini boleh dimuat turun pada App Store dan Google Playstore di peranti pintar.


MotomoPets versi Android dari Play Store


Muat Turun: MotomoPets versi iOS dari App Store

0/komen