ARM Memutuskan Urusan Perniagaan Dengan Huawei



ARM merupakan salah satu perekabentuk cip yang popular, dan ramai menggunakan teknologinya dalam menghasilkan cip pemprosesan tersendiri. Huawei turut tidak ketinggalan, dan turut menggunakan khidmat rekaan ARM dalam pengeluaran cip pemprosesan Kirin mereka tersendiri.

Terkini, dengan pelbagai perkembangan berkaitan Huawei, ARM turut dilaporkan memutuskan perniagaan dengan pihak Huawei. Ia dikatakan ARM telah mengarahkan pekerja mereka untuk menghentikan kontrak aktif, dan pelbagai perkara lain dengan pihak Huawei disebabkan oleh halangan perdagangan yang dibuat pihak Amerika Syarikat.

Untuk makluman, ARM merupakan perniagaan berpusat di UK, tetapi mereka menyertakan rekaan cip yang turut berhasil dari Amerika Syarikat, sekaligus membuatkan mereka turut tertakluk dibawah halangan perdagangan berkenaan.

Dengan perkembangan terbaru ini, ia sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya berkenaan masa depan arena telefon pintar Huawei – disebabkan mereka tidak boleh menghasilkan cip pemprosesan tersendiri berasaskan rekaan ARM, selain mana Qualcomm dan lain yang telah mengumumkan penghentian penawaran teknologi mereka kepada Huawei.

Bercakap mengenainya, ARM mengatakan mereka mematuhi pelbagai peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Sementara untuk Huawei pula, mereka mengatakan mereka memahami tekanan yang terpaksa dihadapi oleh rakan kerjasama mereka disebabkan oleh keputusan berasaskan politik ini. Apa pun, Huawei mengatakan mereka berharap keadaan ini dapat diselesaikan, dan mereka terus memfokuskan dalam menawarkan teknologi dan produk terbaik untuk pelanggan mereka seluruh dunia.

0/komen