Gula-gula getah ini mengandungi DNA tiga manusia purba.
OSLO, Norway - Ahli sains berjaya mengenal pasti jantina tiga individu yang hidup pada akhir Zaman Ais kira-kira 10,000 tahun lalu berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada ketulan 'gula-gula getah' purba.
Gula-gula getah itu ditemui pada awal tahun 1990-an di Huseby-Klev iaitu sebuah tapak perburuan Zaman Mesolitik. Makanan itu dihasilkan daripada kulit kayu pokok birch dan dikunyah oleh manusia purba di lokasi berkenaan.
Berdasarkan ujian DNA, ahli sains berjaya menentukan jantina tiga manusia purba masing-masing membabitkan seorang lelaki, wanita dan kanak-kanak perempuan.
Pengkaji di Jabatan Arkeologi, Muzium Sejarah Kebudayaan, Profesor Madya Per Persson berkata, penemuan DNA pada gula-gula getah purba itu amat penting dalam kajian pelbagai bidang.
“Ia bukan sahaja mempunyai potensi untuk mengesan asal-usul dan pergerakan manusia zaman purba tetapi juga memberikan maklumat mengenai hubungan sosial mereka, penyakit serta makanan,” katanya.
Catat Ulasan