Huawei kini dalam persediaan untuk melancarkan siri Huawei nova 5 bagi segmen peranti mampu-milik. Pada sebelum ini, Huawei nova 5 telah pun disahkan akan hadir, dan kini model yang lebih berpatutan turut akan dilancarkan – yang dipercayai Huawei nova 5i.
Peranti ini telah disahkan oleh NCC di Taiwan, yang mana ia bakal menyertakan memori 4GB RAM dan storan 128GB. Ia turut dijangka akan membawa slot kad mikroSD, dan variasi storan 64GB untuk penawaran yang lebih berpatutan.
Huawei nova 5i juga telah melepasi perkhidmatan penanda aras Geekbench melalui nama model Huawei GLK-LX3. Ia diperlihatkan akan hadir dengan cip Kirin 710, iaitu cip yang sama digunakan pada Huawei nova 3i. Ada yang mengatakan ia akan turut dikenali sebagai Huawei P20 Lite (2019), namun ia terdapat percanggahan dari segi kapasiti baterinya.
Melalui dokumen FCC, Huawei nova 5i bakal menyertakan kapasiti bateri 3,900 mAh, berbanding P20 Lite (2019) yang hadir dengan kapasiti 4000 mAh. Peranti ini juga dijangka akan mengekalkan pengecasan 10W, seperti mana yang ditawarkan pada Huawei nova 3i.
Walaupun Huawei sedang diasak oleh sekatan Amerika Syarikat, peranti ini dijangka akan terus menjalankan EMUI berasaskan Android seperti biasa. Harga jualan dan tarikh pelancarannya masih tidak diketahui, namun dijangka akan diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini.
Catat Ulasan