Isu Huawei Mungkin Boleh Dibincangkan Dalam Perjanjian Perdagangan AS Dan China



Sejak dimasukkan ke dalam senarai entiti oleh Jabatan Perdagangan A.S, pelbagai syarikat mula memutuskan hubungan dengan Huawei. Sekatan menggunakan Android oleh Google, teknologi ARM untuk cip pemproses dan cip pemproses Intel adalah tiga yang mendatangkan kesan paling buruk ke atas Huawei setakat ini. Tetapi President Trump minggu lalu memberikan petanda isu ini mungkin akan dapat diselesaikan kelak.

Menurut Trump, isu Huawei mungkin boleh dibincangkan dalam perjanjian perdagangan di antara negara Amerika Syarikat dan China kelak. Pengumuman beliau ini bercanggah dengan kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan Huawei mendatangkan isu sekuriti serius yang serius kepada A.S. Sebelum ini Trump juga dipetik berkata halangan ke atas ZTE juga boleh diselesaikan selepas kedua-dua negara berbincang mengenai perjanjian perdagangan. Halangan ini kemudian ditarik dengan ZTE bersetuju meletakkan pegawai penguatkuasa A.S bagi memantau urusan jual beli mereka.

0/komen