Komputer Riba Prototaip Dwiskrin




Komputer riba konsep ini unik kerana dua skrin yang digunakan disusun menegak. Satu skrin sebesar 15.6″ HD penuh digunakan sebagai paparan utama manakala di bawahnya skrin sekunder sebesar 12.3″ digunakan. Dua skrin ini melipat ke bawah apabila disimpan. Ia akan terbuka ke atas secara automatik apabila sebuah butang pada sisi kiri ditekan.

Sudut pandangan dan ketinggian dwiskrin ini boleh dilaraskan sendiri oleh pengguna mengikut keselesaan pengguna. Menurut Intel, skrin utama boleh digunakan untuk paparan permainan video manakala skrin sekunder pula boleh digunakan untuk meletakkan skrin perbualan penonton strim dan meletakkan perisian pemain muzik

Honeycomb Glacier dijana oleh cip Intel lapan teras dan kad grafik NVIDIA GeForce 1060. Sebuah papan kekunci berlampu dengan rekaan chicklet disertakan dan begitu juga dengan sebuah pad sesentuh pada sebelah kanan.




Bagi memudahkan proses memilih skrin mana yang aktif, sistem penjejak mata Tobii diletakkan pada engsel skrin. Dengan menjejak dimana mata pengguna melihat, komputer riba ini boleh meneka skrin perisian mana yang akan diaktifkan apabila pengguna ingin menaip misalnya. Buat masa ini Honeycomb Glacier hanyalah konsep kerana Intel tidak menghasilkan komputer riba mereka sendiri.

0/komen