Tomic menggunakan berus untuk menghasilkan lukisan pada cermin belakang keretanya.
Lukisan The Creation of Adam pada cermin belakang sebuah kereta di Norway.
NOTODDEN, Norway - Seorang pencacah tatu melukis lukisan The Creation of Adam yang pernah dihasilkan oleh pelukis Itali, mendiang Michealangelo dengan menggunakan berus pada cermin sebuah kereta yang disaluti debu tebal.
Dino Tomic, seorang warga Croatia yang menetap di Notodden ‘melukis’ karya berkenaan pada cermin belakang kereta jenis Ford Mondeo miliknya.
“Ia mengambil masa selama sehari untuk siap sepenuhnya. Saya cuma menggunakan berus bersaiz kecil, iaitu yang sama seperti anda lihat dalam klip video.
“Saya juga perlu meniup sisa debu setiap lima saat sekali selepas melukis di atas cermin kereta. Tiada peralatan khas lain digunakan untuk karya ini,” katanya baru-baru ini.
Tomic turut mengakui lukisan itu adalah ciptaan paling kurang mengagumkan yang pernah dihasilkan oleh dirinya. Selepas siap melukis, dia menyimbah satu baldi air pada cermin kereta tersebut untuk menghilangkan karyanya.
Sebelum ini, dia pernah menghasilkan lukisan Gunung Rushmore yang merupakan ikon Amerika Syarikat pada cermin kereta yang berdebu sebelum membasuhnya dengan air.
Catat Ulasan