Microsoft Tidak Lagi Menawarkan Perlesenan Windows



Microsoft pada sebelum ini telah mengeluarkan kesemua produk komputer Huawei daripada halaman Microsoft Store, berikutan daripada sekatan perdadangan antara Huawei dan Amerika Syarikat. Namun kini pihak Microsoft terpaksa melakukan langkah dengan lebih drastik, iaitu dengan menghentikan perlesenan Windows ke atas komputer keluaran Huawei ini.

Mengikut laporan daripada SCMP, tindakan ini menyebabkan kesemua produk komputer akan datang daripada Huawei tidak dapat menjalankan sistem operasi Windows secara sah. Sekiranya ia berjaya dipasang, Huawei masih memerlukan lesen untuk membolehkan Windows dijalankan tanpa sebarang sekatan.
Isu ini berlaku selepas Presiden A.S. meletakkan Huawei di dalam ‘Entity List’ iaitu senarai syarikat yang disenarai hitamkan daripada menjalinkan hubungan perdagangan bersama A.S. Ia menyebabkan Huawei kini tidak dapat menggunakan produk yang dibangunkan oleh syarikat A.S., termasuk sistem operasi Microsoft Windows dan Android yang mempunyai komponen daripada Google.

Untuk peranti sedia ada, ia tidak terkesan daripada isu ini, termasuk peranti yang sedang dijual atau sedang digunakan oleh pengguna. Pengguna masih boleh menikmati Windows seperti biasa, disamping dapat menikmati kemaskini seperti sebelum ini.

Walau bagaimanapun, sekatan Huawei daripada Microsoft ini bukanlah berkekalan, tetapi mungkin untuk sementara waktu. Hubungan kedua-dua pihak ini dijangka akan kembali semula dalam tempoh tertentu, mengikut kepada kata putus dan rundingan yang akan dibuat.



0/komen