Motorola Moto Z4 akhirnya dilancarkan secara rasmi selepas rekaannya tertiris lebih sebulan yang lalu. Ia masih lagi mengekalkan rekaan yang sama seperti Moto Z3 tetapi ini adalah bagi membolehkan aksesori modular Moto Mods digunakan. Ia walau bagaimanapun adalah sebuah peranti kelas pertengahan yang menggunakan cip Snapdragon 675.
Spesifikasi lain ialah skrin a 6.4″ OLED FHD+. memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 128GB, kamera swafoto 25-Megapixel f/2.0, kamera utama 48-Megapixel f/1.7 dan bateri sebesar 3600 mAh. Peranti menyokong pengecasan pantas 15W TurboPower menerusi port USB-C.
Terdapat sokongan pengimbas cap jari terbina dalam skrin, bicu audio 3.5mm, kemampuan kalis percikan P2i dan juga sistem operasi Android Pie asli. Di Amerika Syarikat Motorola Moto Z4 dijual pada harga $499 (~RM 2090).
Catat Ulasan