Siri OnePlus 7 sudah pun dilancarkan secara global pada 15 Mei lepas. Terdapat tiga peranti yang dilancarkan, iaitu OnePlus 7, OnePlus Plus 7 Pro dan OnePlus 7 Pro 5G. Fokus utama OnePlus adalah OnePlus 7 Pro, kerana peranti inilah yang paling menarik perhatian ramai dan pada pendapat peribadi antara spesifikasi hebat yang pernah OnePlus sertakan pada peranti mereka.
OnePlus 7 Pro hadir dengan skrin 6.67-inci QHD+ 90Hz panel Fluid AMOLED, bateri 4000mAH dan dijana Snapdragon 855. Untuk memori pula terdapat pilihan RAM 6/8/12 GB dan storan dalaman 128/256 GB. Rekaan hadapan kelihatan sangat seksi . Ia hampir nirbingkai penuh dengan dagu yang agak nipis jika dibandingkan dengan peranti mercu Android lain. Hari ini, akhirnya peranti ini dilancarkan di Malaysia secara rasminya.
Ketiga-tiga variasi diperkenalkan dengan pilihan warna Mirror Grey dan Nebula Blue. Harga yang dijual RM2999 untuk 6/128 GB, RM3699 8/256 GB dan untuk variasi 12/256 GB ia dijual pada harga RM4199 . Tidak dinafikan ini adalah harga yang paling mahal buat peranti OnePlus di Malaysia. Tetapi perlu ingat juga yang ini adalah versi ‘Pro’ dengan spesifikasi yang tinggi.
OnePlus 7 Pro diedarkan oleh XianFeng Technology dan akan dijual tidak lama lagi melalui Shopee, selain turut melalui peniaga-peniaga lain dalam masa terdekat ini.
Catat Ulasan