Oslo Solar – Bangunan Pejabat Tanpa Tempat Meletak Kereta



Hakikatnya dengan harga minyak yang rendah dan sistem pengangkutan awam tidak boleh diandalkan, memandu sendiri ke pejabat masih lagi pilihan paling murah bagi sesetengah dari kita . Tidak ada sebab mengapa di kalangan kita perlu menggunakan mod pengangkutan lain buat masa ini.

Di Norway bangunan Oslo Solar  dibina dan ia mempunyai cara unik untuk menggalakkan pekerja untuk tidak membawa kenderaan bermotor peribadi. Bangunan ini tidak akan mempunyai tempat letak kereta tetapi sebaliknya mempunyai tempat letak basikal khas.

Selain tempat simpanan 500 basikal, sebuah kedai basikal turut dibina yang membolehkan basikal dibaiki ketika pekerja di pejabat. Pereka juga menyediakan ruangan mandi yang cukup besar supaya pekerja boleh membersihkan diri sebelum memulakan tugas di pejabat.

Bangunan ini bukan sahaja mahu mengurangkan pencemaran dari pekerja di dalamnya malah menggunakan sumber kuasa lestari sepenuhnya. Ia dilengkapi panel solar seluas 8300 meter persegi yang membekalkan lebih  banyak kuasa elektrik dari yang diperlukan setiap hari.

Sumber air pula dikutip dari air hujan dan salji. Sekiranya anda bekerja di dalam pejabat sebegini adakah anda akan berbasikal setiap hari?



0/komen