Seekor paus Beluga putih yang memakai abah-abah tertulis Hak Milik St. Petersburg ditemui di perairan Norway baru-baru ini.
PAUS Beluga itu dirakam dipakaikan abah-abah dipercayai milik Tentera Laut Rusia.
VADSO, Norway - Seorang nelayan menemui seekor paus Beluga dengan abah-abah dilabel 'Hak Milik St. Petersburg' pada badannya di perairan daerah Finnmark, Norway baru-baru ini.
Pakar hidupan marin Norway percaya paus putih itu adalah haiwan terlatih daripada satu program Tentera Laut Rusia untuk menggunakan mamalia tersebut dalam operasi ketenteraan di dalam laut.
“Sikap pelik paus yang kelihatan jinak itu sekitar beberapa bot di sini ditambah abah-abah pada badannya menyokong tanggapan mamalia tersebut telah mendapat latihan rapi daripada Tentera Laut Rusia,” lapor stesen televisyen dan radio milik kerajaan Norway, NRK.
Nelayan di perairan itu melaporkan paus Beluga tersebut kerap menarik tali dari bot setiap kali mereka melalui perairan berdekatan perkampungan kecil nelayan, Inga di utara Norway.
Sekumpulan pakar Norway mendakwa abah-abah itu boleh digunakan untuk memasang kamera mahupun senjata pada paus tersebut. Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebelum ini didedahkan pernah menggunakan ikan lumba-lumba untuk tujuan ketenteraan
Catat Ulasan