Redmi K20 Pro Edisi “Avengers Endgame”



Redmi K20 Pro telah dilancarkan  dan merupakan peranti mercu yang menggunakan cip Snapdragon 855. Peranti ini turut dilengkapi skrin OLED dengan pengimbas cap jari terbina dan sistem kamera swafoto pop naik. Menarik sekali, Redmi K20 Pro juga akan ditawarkan dalam edisi Avengers End Game.

Perubahan yang dilakukan ialah panel belakang yang berwarna gelap dengan rekaan bertemakan Avengers. Peranti juga hadir dengan tema khas berasaskan Iron Man dan Spiderman. Pihak Redmi tidak mengumumkan apakah spesifikasi RAM dan storan. Tetapi boleh diandaikan kerana ia versi premium, ia mempunyai spesifikasi yang sama dengan seperti K20 Pro  versi terkini iaitu 8GB RAM dan stroan 256GB. Tiada tarikh jualan dan harga diumumkan pada saat ini.



Redmi K20 Pro hadir dengan skrin 6.39″ AMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 855 dan dipadankan dengan pilihan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Untuk kamera pula, kamera utama adalah gabungan 48+8+13 Megapixel, kamera sistem pop-naik sebesar 20-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh.

0/komen