Redmi telah melancarkan siri Redmi K20 secara rasmi dan yang paling menarik dalam siri ini adalah Redmi K20 Pro. Bersama-sama dengan Redmi K20 Pro, Redmi turut melancarkan Redmi K20 – iaitu versi murah dan sedikit kurang berkuasa. Apa yang menarik pada Redmi K20 biasa adalah, segalanya hampir sama dengan versi Pro – tetapi hanya berbeza pada cip pemprosesan dan sistem pengecasan pantas.
Redmi K20 hadir dengan skrin 6.39″ AMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 730 dan dipadankan dengan memori 6GB RAM dan pilihan storan dalaman sehingga 128GB. Untuk kamera pula, adalah gabungan 48+8+13 Megapixel yang mana sensor 48MP adalah dari lensa IMX582. Kamera swafoto pula adalah kamera sistem pop-naik sebesar 20-Megapixel dan bagi mereka yang skeptikal dengan ketahanan sistem kamera seperti ini, usah risau – ia telah diuji untuk 30,000 kali naik turun iaitu sekitar 10 tahun penggunaan.
Peranti ini turut mempunyai NFC, tetapi sistem pengecasan pantasnya bukan 27W – ia menggunakan kuasa hanya 18W. Akhir sekali, peranti ini turut mempunyai port bicu audio 3.5mm dengan sistem audio yang diiktiraf Hi-Res. Harga Redmi K20 juga kompetitif jika dibandingkan dengan peranti lain dalam kelas yang sama. Redmi K20 hanya terdapat dua variasi iaitu 6/64 GB yang dijual pada harga RMB1999 (~RM1214) dan 6/128 GB dijual pada harga RMB2099 (~RM1274).
Catat Ulasan