RedmiBook 14



Redmi merupakan salah satu sub-jenama dibawah Xiaomi yang memfokuskan kepada peranti-peranti pada harga lebih kompetitif dan mampu milik. Terkini, selain penawaran komputer riba, pihak Redmi turut telah melancarkan komputer riba pertama mereka, iaitu RedmiBook 14.

RedmiBook 14 hadir dengan skrin 14-inci pada resolusi HD penuh, dijana cip Intel Core i7 Generasi-8, kad grafik NVIDIA GeForce MX250, memori 8GB RAM, dan pilihan storan SSD sehingga 512GB.

Redmi turut menjanjikan peanwaran bateri selama 10 jam melalui pengecasan bateri penuh, dan ia seberat sekitar 1.5 kilogram.



Di China, RedmiBook 14 akan ditawarkan pada harga bermula RMB3999 (~RM2472). Ia tidak diketahui lagi sama ada komputer riba ini akan dipasarkan di luar China atau sebaliknya – kerana sebelum ini Xiaomi tidak memasarkan komputer riba mereka diluar China disebabkan lesen Microsoft satu bahasa sahaja disertakan bersama dengannya.

0/komen