Rumah Penuh Dengan Tanduk Rusa




PHILIPS bersama koleksi tanduk rusa miliknya.

MONTANA, Amerika Syarikat – Seorang lelaki di sini menyimpan lebih 15,000 koleksi tanduk dan tengkorak rusa di rumahnya yang dikumpulkan sejak 60 tahun lalu.

James Phillips meletakkan tulang-tulang itu pada dinding atau digantung dengan cermat dari siling rumah yang dikenali sebagai Rumah Tanduk yang mempunyai keluasan sembilan meter lebar dan 19.5 meter panjang.

Phillips atau Lelaki Antler menyimpan tanduk daripada pelbagai spesies rusa termasuk rusa ekor putih, rusa besar dan moose. Semua koleksi tanduk berkenaan dipamerkan di rumahnya di bandar Three Forks, Montana.

“Saya cuba memikirkan cara untuk menyimpan timbunan tanduk itu supaya ia boleh dihargai dan orang ramai dapat melihatnya,” katanya.

Sebanyak 80 peratus daripada tanduk miliknya diperoleh dalam lingkungan 160 kilometer dari bandar Three Forks namun, ada juga tanduk yang didapati dari Montana, Wyoming, Idaho, Dakota Utara dan beberapa lokasi lain.

Kebanyakan pengunjung yang datang ke rumah Phillips kagum melihat koleksi tanduk yang banyak itu.



0/komen