Gara Gara Tidak Sensitif Dengan Umat Islam...60 Troli Pasar Raya Disertu


Beberapa pekerja Pasaraya Best Fresh Mart di Ijok, Selangor menyertu troli milik pasar raya itu susulan tindakan seorang pelanggan meletakkan anjing di dalam troli kelmarin.

KUALA SELANGOR - Sebanyak 60 buah troli milik Pasaraya Best Fresh Mart di Ijok di sini disertu susulan tindakan seorang pelanggan pasar raya itu meletakkan anjing di dalam troli kelmarin.

Jurucakap Bahagian Sumber Manusia pasar raya itu, Norisah Ashaari berkata, pihaknya mendapat maklumat berkaitannya selepas gambar tersebut tular di media sosial termasuk di Facebook pukul 10 malam tadi.

Katanya, ini merupakan kejadian pertama berlaku sejak pasar raya itu beroperasi hampir setahun lalu.

"Kita telah mendapatkan bantuan daripada pihak Masjid al-Awwabin, Bestari Jaya untuk membantu dan memantau proses menyertu troli tersebut.

"Sebanyak 60 troli disertu yang diselesaikan dalam tempoh dua jam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Norisah, pihaknya meminta setiap pelanggan lebih peka dengan menjaga keharmonian hidup masyarakat berbilang agama di negara ini.

0/komen