Huawei Telah Mengeluarkan 100 Juta Telefon Pintar Sehingga 30 Mei 2019



Huawei kini telah mengumumkan yang mana mereka telah mengeluarkan sebanyak 100 juta telefon pintar sehingga 30 Mei 2019 lepas. Huawei dilihat hanya mengambil masa sekitar 149 hari sahaja untuk mencapai angka pengeluaran 100 juta berkenaan.

Huawei pada tahun ini telah hadir dengan beberapa penawaran peranti menarik, termasuk Huawei P30 dan Huawei P30 Pro yang mencuri perhatian ramai melalui kemampuan rakaman gambar melaluinya.

Walaubagaimanapun, Huawei sebelum ini telah diperkatakan mungkin mengurangkan sedikit pengeluaran mereka disebabkan sekatan perdagangan oleh pihak Amerika Syarikat.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Huawei, dan bagaimana mereka meneruskan persaingan sihat dalam arena telefon pintar pada peringkat global.

0/komen