Komputer Riba Haier



Haier merupakan salah satu jenama peralatan elektronik yang mempunyai sejumlah penawaran untuk pengguna tempatan, termasuk televisyen, peti sejuk dan sebagainya. Terbaru, Haier turut telah mula menawarkan komputer riba mereka untuk pasaran tempatan.

Dua variasi komputer riba ditawarkan, iaitu Haier S1 dan juga Haier S2.

Haier S1 hadir dengan cip Intel Celeron N4000, memori 4GB RAM, skrin bersaiz 13.3-inci pada resolusi 1920×1080 pixel, dan storan 128GB. Melengkapkannya juga adalah sistem operasi Windows 10 Home.

Haier S2 pula adalah komputer riba dengan penawaran cip pemprosesan sama, tetapi dengan skrin 14.1-inci, serta storan 500GB HDD. Ia turut hadir dengan memori 4GB RAM bersama-sama dengannya, serta dijana Windows 10 Home.





Di Malaysia, Haier S1 ditawarkan pada harga RM1399, sementara Haier S2 pula ditawarkan pada harga RM1199

0/komen