Nubia Red Magic 3



Nubia sebelum ini telah menyatakan akan menawarkan Red Magic 3 untuk pasaran tempatan, malah ada beberapa penjual yang telah mula mengambil pra-tempahan untuk peranti berkenaan sejak beberapa minggu lepas. Sebelum ini, kita hanya mengetahui info berkenaan model 8GB RAM sahaja, dan menariknya, kini beberapa penjual turut telah mula mengambil pra-tempahan untuk versi 12GB RAM.

Red Magic 3 hadir dengan fokus terhadap permua, menyertakan skrin 6.65-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90HZ, cip Snapdragon 855, dan bateri 5000mAh. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 48-megapixel, dan kamera swafoto 16-megapixel.

Ia turut hadir dengan pengoptimasian khusus untuk permua, termasuk sokongan penyejukkan berasaskan kipas, selain pencahayaan RGB di belakang.

Model 8GB RAM / 128GB storan dijual di Malaysia pada harga RM2199, sementara model 12GB RAM / 256GB storan pula ditawarkan pada harga RM2799.

0/komen