Pengakhiran Kepada Sebuah Kehidupan.



Gambar seekor singa jantan tua yang berada di ambang kematian ini diambil oleh jurugambar Larry Pannell.

Singa jantan apabila ia meningkat tua, pasti akan berdepan cabaran dalam mempertahankan kawanannya daripada singa jantan muda yang akan cuba merampas kawalan ke atas kawanan.

Sekiranya singa tua tersebut berjaya dalam pertarungan dan menghalau singa jantan muda, kawanan itu masih miliknya. Manakala apabila ia gagal, singa jantan tua akan dihalau dan akan hidup bersendirian.

Mungkin hari ini kita sedang berada di puncak kegemilangan. Namun siapa yang dapat jangka apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.

Tragik.. segagah atau sekuat mana hidupan itu, pasti tidak akan mampu melawan masa dan takdir yang telah ditetapkan.


Shahmil Hafiz Syed Kamaruddin

0/komen